Mental

14 Julai 2009
Kisah nya bermula begini,

Tatkala sinar lembayung menumpahkan cahayanya ke daratan permukaan bumi, sinar ultra ungu mencerahi segenap pelusuk hutan-hutan yang tumbuh wujud di hidrosfera. Ketika itulah seorang hamba Allah berjalan tanpa arah tuju mencari-cari sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu. Termundar-mandir beliau kesana kemari. Mungkin ada petunjuknya. Tapi apakan daya, keadaan telah tidak mengizinkan hatta disirami beberapa beliau hanya menemui serpihan-serpihan kapal terbang yang hancur di-blender esok malam. Tercari-cari di bawah runtuhan itu, terjumpa sebuah kotak yang agak comel bunyi nya. Bagaikan beliau tidak pernah dan jakun terjumpa kotak seperti itu. Kotak itu seakan-akan melambai beliau dengan mesranya untuk berjoget bersamanya. Lalu di bawa nya dekat ke mata dan tibalah beliau ke tampat kebun dusun durian ladang Pak Hamid.

"wahh..!! cun jugak tempat ni ek. Macam tempat yang gitu-gitu tu."

Bisik beliau. Lalu beliau mengorak langkah yang amat penuh bergaya seperti Michel Schumacer mula memasukkan gear pertama dalam kereta Proton nya. Matanya menongak ke atas melihat keindahan ladang durian Pak Salam Dahi Timbul Jendul ke Dalam. Sedang beliau asik memandang kesana kemari, seakan-akan beliau terdengar satu bisikan yang amat menyagapkan (sangap) beliau. Owh, rupa-rupanya beliau terkentut.

“oh, aku terkentut ke..Patut la bunyi macam Rapsberi je”.

Beliau teruskan lagi langkah hikmatnya menuju ke sekeping pintu yang terletak dalam pokok ketapang yang terletak berhampiran dengan semut 2 jengkal itu. Dengan membaca ‘nyat inson, mata kaji..semar ngi seng.!!!’ Terjadilah keadaan dimana lembu Pak Cik Kordi berlaga dengan badak Tok Piyor. Di selangi pula dengan iklan semut tonggek jalan terkedek-kedek memperagakan pakaiannya yang di tempah khas dari Uganda. Sungguh anggun dan tampan semut-semut itu. Berbalik semula kepada kisah beliau, tercari-cari akan sebuah tugu iaitu bukan Tugu Negara, tapi tugu tempat dimana adik kepada abang yang terakhir sebelah mak saudara datuk nya bermain Jong Jong Inai. Ketika itulah beliau sempat lagi bermain jengket-jengket sambil memakan nasi bekalan dari mak beliau yang juga seorang ahli pengutip kutu yang berjaya di kampung itu. Maka dengan itu beliau segera pergi ke kedai Pak Hasan Bin Tampoiyang untuk memiliki sebiji choki-choki dan keropok goreng Nora yang beliau idam-idamkan selama ini. Apabila beliau sampai di sebuah pondok yang dihiasi rim tayar kereta 20 inchi jenama BBS dan Enkei, di sertakan juga ekzos jenama Magnaflow beliau duduk bersandar di sebalik kerusi sukan Recaro yang berwarna merah kehitaman dan biru. Sambil merenung dan memandang ke atas melihat lampu jalan raya, dan berkata,

“awak, saya akan duduk di sini dan tunggu sampai pokok ni berbuah yer.
Lepas tu nanti buah nya saya wat hadiah awak yang ke berapa-berapalah.
dan kulit nya nanti saya buat cadar katil kita supaya berbau harum macam awak gak. Hehe..”


Maka, beliau pun di tangkap dan di serkup oleh Jabatan Hospital Mental Semenanjung Tanah Melayu. Akhirnya beliau tinggallah bersama-sama rakan sepermainan di tempat baru itu. Hidupnya kembali ceria dan bahagia seperti yang dulu-dulu...

.:Tamat:.

0 yang mengomen

HanG TuaH | Dikuasakan Oleh Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) |